GEORGINA Rodriguez menyifatkan bahawa dia sememangnya 'ditakdirkan' untuk menjadi pasangan Cristiano Ronaldo. Wanita berusia 27 tahun itu, yang kini sedang hamil lima bulan bayi kembar, mengakui perkara berkenaan dalam sebuah rancangan yang bakal ditayangkan di Netflix. Tarikh tayangan rancangan yang berjudul 'Soy Georgina' masih belum diumumkan dan peminat sudah menyuarakan rasa gelisah kerana kelewatan tersebut. Georgina dalam masa yang sama berkata dia bersedia untuk sebarang ulasan buruk daripada penonton. Wanita cantik kelahiran Argentina itu bertemu dan mula menjalinkan hubungan dengan Ronaldo pada Jun 2016, selepas bintang bola sepak itu masuk ke butik pakaian mewah di Madrid, iaitu tempatnya bekerja. Georgina, yang merupakan ibu kepada tiga lagi anak bersama Ronaldo kini mengumpul 28.8 juta pengikut di Instagram. - Thesundaily Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI