CRISTIANO Ronaldo dan pasangan, Georgina Rodriguez, akhirnya mendedahkan jantina bayi kembar dalam kandungannya melalui sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram milik Ronaldo. Video terbabit memperlihatkan empat orang anak mereka sedang memegang dua belon berwarna hitam. Anak-anak lelaki berada di sebelah kiri manakala anak-anak perempuan mereka di sebelah kanan. Selepas Rodriguez mengira sampai tiga, kanak-kanak terbabit meletuskan kedua-dua belon terbabit. Salah satu belon mengeluarkan konfeti berwarna merah jambu, manakala sebuah lagi belon mengeluarkan konfeti berwarna biru. Ini menandakan bahawa pasangan itu bakal mendapat seorang anak lelaki dan perempuan. Anak-anak lelaki mereka dilihat menjerit gembira: "Ia budak lelaki!" manakala anak perempuan melaungkan: "Ia perempuan!" Ronaldo, yang kini berusia 36 tahun, menulis kapsyen klip itu: "Di mana kehidupan bermula dan cinta tidak pernah berakhir #diberkati," - CNN Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI