MAHKAMAH Los Angeles di Amerika Syarikat mengarahkan Daniel Sturridge untuk membayar £22,000 (RM123,607) kepada seorang lelaki yang menemui seekor anjingnya yang hilang. Anjing bekas pemain Liga Perdana Inggeris itu dicuri dari rumahnya di Los Angeles pada 2019, sebelum ditemui keesokan harinya. Sturridge kemudian membuat rayuan di media sosial selepas menyedari kehilangan anjingnya, meminta orang ramai membantu mencari anjingnya bernama Lucci. Bekas penyerang Liverpool, Chelsea, West Brom dan England itu menawarkan ganjaran kira-kira £22,000 kepada sesiapa yang dapat mencari dan membawa anjing itu kepadanya. Bagaimanapun, anjing itu tidak lama kemudian ditemui oleh pemuzik yang berpangkalan di Los Angeles, Foster Washington. Lelaki itu kemudian membawa pemain itu dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa gagal membayarnya wang ganjaran sebagaimana yang dijanjikan. - Mirror UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI