suria

Romeo Beckham jadi lebih kaya selepas peroleh perjanjian mega RM6.74 juta

Romeo Beckham menjadi yang terkaya dalam kalangan adik-beradiknya. foto AP

ROMEO Beckham bersedia untuk menjadi yang terkaya dalam kalangan adik-beradiknya selepas menandatangani perjanjian mega yang bakal menyaksikan anak muda itu memperoleh £1.2 juta (RM6.74 juta) – di luar padang,majalah, papan iklan dan mempromosikan pakaian sukan.

Ia susulan Romeo yang berusia 19 tahun menjadi wajah baharu jenama barangan sukan Puma.

Sama seperti bapanya, Romeo merupakan pemain bola sepak profesional dan kini bersedia untuk mengikuti jejak David dengan wajah jenama sukan.

Menurut laporan The Sun memetik sumber dalam, perjanjian tersebut merupakan yang pertama daripada banyak yang akan membuahkan hasil dalam beberapa tahun akan datang.

Salah satu sumber mendedahkan harga yang diperoleh Romeo untuk perjanjian itu, sebelum menjelaskan bahawa dia kini merupakan anak terkaya dari keluarga Beckham.

Menyifatkan Romeo seorang yang rajin dan berjaya di atas padang, dia juga akan menjadi nama besar dalam dunia pengiklanan komersial.

Perjanjian Puma dijangka menjadi 'kerjasama yang panjang' sama seperti ketika bapanya bekerjasama dengan Adidas selama lebih 20 tahun. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual EPL tak adil - Tuchel

Artikel Lain