CRISTIANO Ronaldo dilaporkan telah mengarahkan ejennya mencari kelab baharu, ketika spekulasi masa depannya bersama Manchester United bertiup kencang. Bintang antarabangsa Portugal itu dikatakan tidak berpuas hati dengan kehidupan di Manchester United susulan kehadiran pengurus, Ralf Rangnick. Ronaldo kembali ke Old Trafford musim panas lalu dan telah berada dalam prestasi mengagumkan musim ini, di mana dia menjaringkan 14 gol dalam 21 penampilan. Menurut Sport, Ronaldo telah meminta ejennya Jorge Mendes untuk membantunya mencari kelab baharu sekiranya dia boleh berhijrah semasa jendela perpindahan musim panas ini. Laporan itu mendakwa bahawa Barcelona berminat untuk menandatangani bekas pemain muda Sporting Lisbon itu. Untuk rekod, Ronaldo mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga Jun 2023. - sportsmole.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI