suria

Ronaldo beri hadiah hari jadi terbaik pada teman wanita

Ronaldo raikan majlis hari jadi teman wanitanya di Dubai.

CRISTIANO Ronaldo menghadiahkan kepada teman wanita Georgina Rodriguez hadiah hari jadi terbaik - meletakkan wajahnya berserta mesej di bangunan tertinggi di dunia.

Bapa kepada empat anak yang berusia 36 tahun itu sanggup berbelanja besar untuk menerangi langit Dubai dengan imej insan yang istimewa bagi dirinya itu.

Dia menyiarkan video memaparkan wajah wanita tersebut terpampang di menara Burj Khalifa di Instagramnya.

Pasangan tersebut turut bergambar serta menikmati makan malam istimewa dengan berlatar belakangkan bangunan tersebut.

Cristiano, yang sedang rehat dari kalendar bola sepak, menulis dalam bahasa Portugis- "Tahniah sayangku" dengan emoji hati dan kek hari jadi.

Pertunjukan cahaya dan laser Burj Khalifa, di pinggir Tasik Burj, merupakan antara tarikan ekslusif di destinasi tersebut.

Menara ikonik itu menjadi skrin paparan terbesar di dunia pada waktu malam dengan bantuan kabel sepanjang hampir 18 batu, 1.1 juta piksel dan 118 tan pancaran cahaya dan aksesori.

Laporan terkini menyebut kos untuk meletakkan iklan atau mesej selama tiga minit pada menara tersebut berharga sekurang-kurangnya £50,000 (lebih RM280,000).

Harga tersebut akan meningkat pada hujung minggu. - The Sun UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ronaldo, hari jadi, teman wanita, dubai,

Artikel Sebelum

Artikel Lain