WAYNE Rooney telah mendedahkan dia menolak tawaran untuk ditemu duga bagi jawatan sebagai pengurus Everton. The Blues tidak lama lagi dijangka membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan menjadi pengganti Rafa Benitez. Duncan Ferguson, Frank Lampard dan Vitor Pereira difahamkan merupakan tiga calon terakhir yang sedang dipertimbangkan. Rooney beberapa kali dikaitkan dengan jawatan itu selepas memberi tanggapan positif di Derby County, namun dia mengulangi kesetiaannya kepada Rams. Berazam untuk meneruskan komitmennya mengemudi Derby, pemain berusia 36 tahun itu berkata: "Everton mendekati ejen saya dan meminta saya menemu duga untuk jawatan itu. Tetapi saya menolaknya," katanya. Everton memecat Benitez setelah pengendali tersebut gagal meletakkan kelab Merseyside tersebut di kedudukan terbaik saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Everton kini menduduki tempat ke-16 dengan 19 mata hasil lima kemenangan, seri empat dan tewas 11 kali daripada 20 perlawanan. - ExhoDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI