suria

Ronaldo beri bayangan mahu kahwini Georgina tak lama lagi

Ronaldo dan Georgina dijangka berkahwin tidak lama lagi.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo nampaknya tak sabar untuk melihat teman wanitanya Georgina Rodriguez menggayakan busana pengantin.

Bintang Manchester United itu meluahkan hasrat untuk menikahi wanita tersebut dan ia mungkin berlangsung lebih cepat berbanding jangkaan ramai.

"Ia boleh jadi dalam setahun, enam bulan atau sebulan. Saya 1,000 peratus yakin ia akan berlaku," ujarnya.

Ronaldo berkata demikian dalam sebuah dokumentari berjudul I Am Georgina.

Untuk rekod, Ronaldo sudah mempunyai seorang anak iaitu Cristiano Jr ketika dia bertemu Georgina.

Dia kemudiannya menerima sepasang kembar, Eva dan Mateo melalui kaedah ibu tumpang.

Ronaldo kemudiannya menerima seorang lagi cahaya mata iaitu Alana, hasil perkongsian hidup dengan Georgina. - Geo News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain