suria

Disiasat polis atas dakwaan rogol, tajaan Greenwood digantung

Tajaan Nike terhadap Mason Greenwood digantung susulan siasatan polis terhadap pemain itu. foto AP

SYARIKAT gergasi pakaian sukan Nike menggantung penajaan Mason Greenwood selepas penyerang Manchester United itu menghabiskan lebih 24 jam dalam tahanan polis untuk disoal siasat berhubung dakwaan rogol dan serangan.

Pemain bola sepak kelahiran England berusia 20 tahun itu masih berada dalam tahanan pada Isnin malam berikutan penahanannya pada Ahad.

Ia susulan seorang wanita menerusi media sosial mendakwa telah diserang oleh pemain itu.

Polis kini mengadakan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

Bos Manchester United berkata, Greenwood tidak akan bermain atau berlatih sementara siasatan sedang dijalankan.

Jurucakap Nike berkata: "Kami telah menangguhkan hubungan kami dengan Mason Greenwood.

"Kami amat prihatin dengan dakwaan yang membimbangkan dan akan terus memantau keadaan tersebut dengan teliti."

Greenwood ditahan selepas beberapa gambar disiarkan dalam talian, menunjukkan seorang wanita berlumuran darah di mulut dan dan lebam di lengan, kaki serta badan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain