PENINJU muda, Rashed Belhasa kini sedang membuat persiapan untuk bertempur dengan legenda terkenal, Floyd Mayweather. Perlawanan antara dua peninju itu dijangka berlangsung pada 20 Februari ini, di atas sebuah landasan helikopter, atas bumbung sebuah hotel di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Peninju muda yang juga YouTuber berusia 20 tahun itu merupakan anak kepada jutawan Saif Ahmed Belhasa. Untuk rekod, Belhasa memulakan saluran YouTube pada tahun 2016 yang memaparkan video-videonya melakukan latihan tinju. Dalam video-video tersebut, dia turut menunjukkan kemewahan di kediamannya yang sering menjadi tumpuan selebriti antarabangsa. Selain Mayweather, selebriti dan figura terkenal seperti Lionel Messi, Usher, Nicki Minaj dan Cardi B juga pernah berkunjung ke kediaman Belhasa. Belhasa juga kerap berkongsi paparan mengenai kereta mewah dan barang kemas miliknya di media sosial. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI