PENYOKONG Manchester United berang susulan pengumuman mengenai tiada makanan atau minuman dijual di Old Trafford pada Jumaat malam. Pemilik kelab, keluarga Glazer menjadi sasaran penyokong yang tidak berpuas hati dengan pendedahan bahawa mereka tidak akan dapat membeli sebarang minuman pada separuh masa. Ketika itu, Manchester United menentang pasukan Middlesbrough pada pusingan keempat Piala FA pada Jumaat malam. Bagaimanapun stadium kecoh berikutan pengumuman sejurus sebelum pengadil menamatkan 45 pembukaan. Penyokong diberitahu ia berpunca daripada isu teknikal di Old Trafford, menyebabkan bar dan kiosk di stadium tidak dapat menghidangkan makanan atau minuman pada separuh masa. Mereka kemudian menimbulkan kekecohan di sekeliling stadium sebelum penyokong tuan rumah menyalahkan pemilik kelab yang kontroversi dengan laungan 'Kami mahu Glazer keluar'. Kemarahan mereka terhadap keluarga Glazer turut mendapat sokongan di media sosial apabila beberapa penyokong menggunakan Twitter untuk menyelar pengendali kelab. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI