suria

Bekas pemain Peterborough United rayu sumbangan peminat biayai kos pembedahan lutut

Maddison telah melancarkan halaman GoFundMe, di mana sumbangan itu juga bertujuan menyelamatkan kerjayanya.

AGAK luar biasa apabila seorang pemain bola sepak meminta sumbangan, tetapi itulah yang dilakukan oleh bekas bintang Peterborough United, Marcus Maddison untuk menampung kos pembedahannya.

Maddison telah melancarkan halaman GoFundMe, di mana sumbangan itu juga bertujuan menyelamatkan kerjayanya.

Dianggarkan, kos pembedahan lutut yang bakal dijalaninya menelan belanja £3000 (RM16,974).

Pemain berusia 28 tahun itu memulakan kariernya di Newcastle United tetapi mencipta nama di Peterborough United, di mana dia membuat lebih 200 penampilan liga selama enam tahun bersama Posh.

Bagaimanapun, kecederaan telah merencatkan karier Maddison, sehinggakan pemain tengah itu kini dipindahkan ke pasukan separa profesional, Spalding United, hanya dua tahun selepas meninggalkan Peterborough.

Pemain tengah itu perlu menjalani pembedahan lutut untuk menyelamatkan kerjaya.

Maddison juga merayu bantuan penyokongnya di Instagram bagi membiayai pembedahan tersebut. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain