BIARPUN Manchester United tersingkir daripada Piala FA selepas ditewaskan Middlesbrough dalam pusingan keempat di Old Trafford, Cristiano Ronaldo masih mampu mengukir senyuman. Bintang antarabangsa Portugal itu dilihat gembira meraikan ulang tahunnya yang ke-37 bersama pasangan, Georgina Rodriguez. Pasangan itu bergambar bersama-sama kek berbentuk 'CR7' yang bersaiz besar. Ronaldo turut berkongsi gambar itu di laman Instagram miliknya bersama kapsyen panjang lebar. "Hidup ibarat roller coaster. Kerja keras, kelajuan tinggi, matlamat segera, jangkaan yang diharapkan... Tetapi pada akhirnya, semuanya berpunca daripada keluarga, cinta, kejujuran, persahabatan, nilai yang menjadikan semuanya berbaloi. "Terima kasih untuk semua mesej! 37 dan seterusnya!" tulisnya pada hantaran tersebut. Sehingga kini ia meraih hampir 13 juta tanda 'likes' dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik. - Thesun.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI