SKUAD Harimau Malaya tampil cemerlang apabila menewaskan Filipina 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.
Dua gol berkenaan dijaringkan bintang kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid.
Akhyar meledak gol pertama seawal minit ke-3 selepas menyudahkan hantaran La'vere Corbin-Ong.
Akhyar sekali lagi tampil dengan aksi tangkas apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-24 selepas menyudahkan peluang yang dicipta Syafiq Ahmad.
Perlawanan sebentar tadi menjadi perlawanan pertama Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon yang mengambil alih tugas daripada jurulatih sebelum ini iaitu Tan Cheng Hoe.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI