HADIAH emas kelima buat Malaysia diraih oleh Ng Yan Yee dalam sukan terjun di temasya Sukan SEA Hanoi, pada Selasa. Kemenangan Yan Yee menerusi acara 3 meter (m) papan anjal wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Vietnam. ARTIKEL BERKAITAN: Sukan SEA: Gandingan mantap Hanis Nazirul-Jelson Jabilin raih emas keenam Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Sukan SEA Hanoi: Tze Liang sumbang emas ketiga untuk Malaysia Ia merupakan emas kedua Yan Yee selepas mengungguli acara 3m seirama wanita, bergandingan bersama Ong Ker Ying, pada Isnin. Dalam acara pada Selasa, Ker Ying berada di tempat kedua sekali gus membawa pulang pingat perak untuk negara. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI