BEKAS pemain sayap Ajax, Jodi Lukoki dilaporkan meninggal dunia pada usia 29 tahun. Berita duka itu disahkan oleh kelab tersebut menerusi satu ciapan di Twitter. "Bekas pemain kami Jody Lukoki telah meninggal dunia pada usia 29 tahun. Berehat dengan tenang, Jody," demikian ciapan Ajax. Bagaimanapun punca kematian Lukoki masih belum diketahui. Lukoki sedang berada di peringkat akhir fasa pemulihan akibat daripada kecederaan ligamen apabila berita kematiannya disahkan. Kontrak Lukoki di FC Twente telah dibubarkan awal tahun ini selepas dia disabitkan dengan kesalahan menyerang teman wanitanya. - Thesun.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI