PENINJU terkemuka, Tony Ferguson akhirnya dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan akibat sepakan hadapan daripada Michael Chandler ketika pertarungan di UFC 274. Dia bagaimanapun mengalami kekalahan berturut-turut dalam empat pertarungan selepas insiden berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Mike Tyson jual 'ganja' berbentuk telinga sebagai simbolik gigitan Evander Holyfield Bagaimanapun, Dana White menyifatkan Ferguson masih mempunyai banyak 'helah' yang belum ditonjolkan ketika perlawanan. "Dia kelihatan sangat bagus pada pusingan pertama itu. Oleh itu, tidak sangka dia akan tewas di tangan lawan. "Saya rasa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah dia berehat seketika selepas kalah mati itu," ujarnya. Pada perlawanan di UFC 274 lalu, wajah Ferguson disamakan dengan nugget ayam selepas dia terkena sepakan lawan, Chandler pada pusingan kedua pertarungan. Ekoran itu, dia jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri kira-kira dua minit. Ferguson kemudian dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga dengan imbasan CT pada otaknya negatif. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI