suria

Lewis Hamilton hilang 2kg... trek baharu Miami lebih panas, mencabar

Lewis Hamilton ketika aksi percubaan bagi trek perlumbaan di Miami.

BERAT badan Lewis Hamilton menyusut kira-kira dua kilogram (kg) selepas hari pertama latihan menjelang Grand Prix Miami sulung.

Ia berikutan 57 perlumbaan sejauh 192 batu itu merupakan landasan baharu di Miami yang diperkenalkan bagi pelancaran musim F1 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Apa Lewis Hamilton buat di stesen minyak Petronas KL? Ramai harap dapat lihat sendiri jaguh F1 depan mata

Menurut Hamilton, perlumbaan tersebut akan menjadi sangat sukar pada dirinya.

"Saya sudah kehilangan beberapa kilo dalam satu hari. Bahangnya mengingatkan saya ketika memandu di Malaysia. Kuala Lumpur masih nombor satu dari segi panas, kemudian Singapura dan kini di Miami," ujarnya.

Sementara itu George Russell menjangkakan keadaan panas seperti itu akan memberi kelebihan kepada pihaknya.

"Kami sentiasa tahu bahawa keadaan panas di Miami akan lebih sesuai dengan kereta kami. Peningkatan suhu pada tayar semasa perlumbaan menjadi faktor utama di sini.

"Hari Jumaat adalah hari paling produktif yang kami lalui pada musim ini. Sebarang kemungkinan akan berlaku tetapi mungkin ia berfungsi pada julat yang lebih rendah berbanding dengan tempat kami sebelum ini," ujarnya. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain