suria

Jentera F1 terbelah dua, Mick Schumacher bersyukur tak alami kecederaan serius

Keadaan kereta pelumba itu yang terbelah dua bahagian. Foto: POOL/AFP via Getty Image.

PELUMBA Haas, Mick Schumacher terkeluar daripada perlumbaan Grand Prix Monaco selepas kemalangan ngeri menyaksikan jentera dipandunya terpecah kepada dua bahagian.

Anak kepada legenda F1 Michael Schumacher itu gagal mengawal pemanduan atas faktor permukaan basah sebelum merempuh penghadang pada kelajuan yang laju ketika pusingan ke-27.

Tahap kuasa hentaman itu cukup untuk memecahkan keretanya menjadi dua sehingga ia berkecai di atas litar.

Pelumba F1 ini hilang kawalan ke atas keretanya yang dipandu.

Pelumba F1 itu hilang kawalan ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-27.

Pemandu dari Jerman berusia 22 itu bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya tanpa sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, pemandu Jerman itu tetap dikejarkan ke hospital dan bersyukur tidak mengalami kecederaan serius.

"Impak besar untuk Schumacher. Semoga dia OK," tulis seorang peminat yang prihatin di media sosial.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain