suria

Messi alami masalah akibat Long Covid, akui beraksi terlalu cepat

Lionel Messi masih tidak dapat beraksi seperti sebelumnya kerana kesan Long Covid. foto Reuters

LIONEL Messi mendedahkan dia mengalami sindrom Long Covid selepas dijangkiti virus itu, dan mengakui dia kembali beraksi terlalu cepat.

Bintang Argentina dan Paris Saint-Germain itu positif Covid-19 awal tahun ini.

Susulan itu, pemain berusia 34 tahun tersebut mengasingkan diri dan terlepas dua perlawanan Ligue 1 sebelum kembali bersama pasukan Mauricio Pochettino untuk perlawanan menentang Stade Reims pada 23 Januari.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi, tiga pemain PSG positif Covid-19

Bagaimanapun, Messi sejak itu mendedahkan bahawa dia terus mengalami masalah pernafasan walaupun disahkan negatif.

Dalam temu bual dengan saluran media Argentina TYC Sports melalui Marca, penyerang itu berkata: "Ia memberi kesan pada paru-paru saya.

"Saya kembali dan ia seperti sebulan setengah tidak dapat berlari kerana paru-paru saya terjejas," katanya.

Walaupun tidak bermain dalam tiga perlawanan, pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu mengakui dia kembali beraksi terlalu awal.

Messi mendedahkan dengan memaksa dirinya untuk kembali berlatih, ia sebenarnya memburukkan kesihatannya.

"Saya kembali sebelum sepatutnya, dan ia menjadi lebih teruk kerana saya pergi terlalu pantas dan ia akhirnya menjejaskan saya," katanya. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain