TERDAPAT perkara yang pelik berlaku di Rusia selain kegilaan ketua pemimpin, Vladimir Putin, dan salah satunya merupakan dunia seni bela diri campuran (MMA). Dari kerjayanya sebagai pelakon porno, seorang wanita membuat keputusan mengejut untuk turun ke gelangang bertarung dalam MMA. Wanita itu menentang pihak lawan yang merupakan lelaki kerdil berketinggian 121 sentimeter. Berpakaian kostum pembantu rumah, wanita itu tangkas beraksi di gelanggang. Pertarungan hebat itu menyaksikan penulis blog, Mahit Suleymanov dan pelakon porno, Alexandra Piskun. ARTIKEL BERKAITAN: Cedera buah zakar, peninju MMA terkejut dirinya jadi perhatian ramai Ia bermula dengan pantas apabila Suleymanov berjaya menundukkan pihak lawan. Suleymanov terus melakukan serangan terhadap seorang lagi peninju wanita. Lelaki kerdil itu kemudian diumumkan sebagai juara sebelum 'berdamai' dengan pihak lawan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI