suria

Atlet Paralimpik dihina menerusi Facebook, tenang jawab kata-kata netizen persoal keupayaannya

Madison De Rozario menerima komen penghinaan di Facebook baru-baru ini. Foto: Getty.

MADISON De Rozario menerima komen penghinaan menerusi Facebook selepas dia diangkat sebagai Atlet Paralimpik Terbaik Australia, baru-baru ini.

Menurut seorang individu, pencapaian di sukan Paralimpik oleh atlet wanita itu tidak dapat dibandingkan dengan keupayaan berjalan secara normal yang dimiliki insan-insan lain.

De Rozario, 28, tenang membalas penghinaan dengan cara penuh sinis, sekaligus menutup mulut individu itu yang menulis komen biadab terhadapnya.

"Saya sebenarnya dah buat dua-dua (berjalan secara normal dan menang Paralimpik. Soalan yang bagus.

"Semoga kamu lebih hebat pada masa akan datang," ujarnya yang menghidap penyakit saraf sejak berusia empat tahun sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dalam posting berasingan di Instagram, De Rozario sekali lagi berkongsi luahan hatinya mengenai sikap segelintir lelaki yang suka membuat jenaka biadab.

"Kaum lelaki fikir mereka kelakar, mereka sebenarnya yang saya paling tak suka," tulisnya.

Untuk rekod, De Rozario yang juga pelumba kerusi roda telah bertanding di empat Sukan Paralimpik iaitu di Beijing, London, Rio de Janeiro dan Tokyo.

Dia memenangi perak pada 2008, dua lagi pada 2016, kemudian satu gangsa dan dua emas tahun lepas. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain