CRISTIANO Ronaldo dan keluarganya kini sedang menghabiskan masa dengan bercuti di sebuah pulau peranginan di Sepanyol. Penyerang Manchester United berusia 37 tahun itu bersama pasangannya, Georgina Rodriguez dan lima anak kecil mereka menaiki jet peribadi bernilai £20 juta (RM108 juta) untuk terbang ke Majorca. Tidak hanya membawa ahli keluarga, Ronaldo memilih untuk turut membawa bersama dua 'supercar' sepanjang percutian mereka. Kedua-dua buah kereta itu, termasuk Bugatti Centodieci, dihantar ke Majorca menggunakan kapal. The Sun melaporkan bahawa Bugatti Centodieci yang bernilai dalam lingkungan £8.5 juta (RM46 juta), dibawa bersama-sama kerana ia kenderaan yang lebih berorientasikan keluarga. Bugatti edisi terhad itu dibeli oleh bintang Portugal itu pada 2020. Laporan media tersebut menambah bahawa Ronaldo dan keluarganya menginap di rumah agam yang terletak di tepi laut. Dianggarkan penginapan tersebut berjumlah £10,000 (RM54,408) untuk satu malam. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI