suria

Tiba-tiba tak sedarkan diri dalam kolam, tindakan pantas jurulatih selamatkan nyawa perenang Amerika

Andrea Fuentes terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan nyawa Anita Alvarez.

PERENANG profesional, Anita Alvarez hampir lemas gara-gara pengsan di dalam kolam sewaktu menyertai Kejohanan Akuatik Dunia 2022 di Budapest.

Bagaimanapun, tindakan pantas jurulatih Alvarez, Andrea Fuentes yang terus terjun ke dalam kolam, menyelamatkan nyawa perenang berusia 25 tahun itu.

Difahamkan, Alvarev bertanding di peringkat akhir acara solo wanita kategori bebas mewakili Amerika Syarikat.

Ketika sedang beraksi, Alvarez secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tubuhnya hanyut ke dasar kolam.

"Detik itu benar-benar menakutkan. Saya terpaksa terjun ke dalam kolam kerana penyelamat tidak melakukannya.

"Saya takut kerana saya lihat dia tidak bernafas, tetapi sekarang dia sihat. Keadaan Anita (Alvarev) semakin baik," kata Fuentes.

Alvarez kembali sedar apabila pasukan perubatan segera memberikan bantuan pertolongan cemas.

Ini bukanlah kali pertama perenang dari Amerika itu pengsan semasa pertandingan.

Pada 2021 semasa acara kelayakan Sukan Olimpik di Barcelona, ​​Fuentes turut menjadi penyelamat apabila Alvarez tidak sedarkan diri.

Tidak pasti punca berlakunya insiden tersebut, namun umum maklum seseorang perenang profesional perlu menahan nafas untuk tempoh yang lama di dalam air. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain