suria

Qatar kuat kuasa larangan seks bebas di Piala Dunia 2022, pesalah bakal dipenjara 7 tahun

Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

PENYOKONG mahupun pemain diberi amaran mengenai larangan hubungan seks bebas ketika menyaksikan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Menurut sumber polis kepada Daily Star, Qatar bakal menguatkuasakan larangan ketat terbabit tanpa pengecualian kepada mereka yang menyaksikan kemeriahan Piala Dunia.

"Seks bebas tidak dibenarkan di kejohanan itu kecuali jika anda pasangan suami isteri. Juga tidak akan ada parti langsung. Semua orang perlu mematuhi arahan jika tidak mahu dipenjara tujuh tahun.

"Ini adalah larangan seks ditetapkan buat kali pertama di Piala Dunia. Penyokong perlu bersiap sedia," demikian menurut sumber polis.

Selain itu, mengambil minuman beralkohol di tempat awam, berparti dan majlis sosial lain turut tidak dibenarkan sepanjang kejohanan di negara Arab tersebut.

Hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan dan homoseksual adalah dilarang di negara majoriti Muslim itu dengan pesalah akan menerima hukuman penjara sehingga tujuh tahun. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain