suria

Perang sudah bermula… Pique dan Shakira lantik peguam demi dapatkan hak penjagaan 2 anak

Bekas pasangan ini mengambil upah peguam untuk isu hak penjagaan anak mereka.

SUSULAN perpisahannya dengan penyanyi, Shakira pada Jun lalu, pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique dilaporkan memohon hak penjagaan sah ke atas kedua-dua anak mereka, Milan dan Sasha.

Pique mahukan hak penjagaan kedua-duanya secara sah dan dia telah mengambil langkah pertama untuk ke arah usaha tersebut.

Pique telah melantik Tamborero Abogados, seorang peguam yang mempunyai kepakaran dalam kes perceraian.

Sementara itu, Shakira pula memilih Pilar Mane, seorang peguam keluarga.

Difahamkan Pique mahu anak-anaknya tinggal di Catalonia, tempat di mana mereka membesar sehingga kini.

Shakira pula berhasrat untuk berpindah bersama dua anaknya ke Miami kerana beberapa ahli keluarganya termasuk dua abang dan ibu bapanya tinggal di sana.

Untuk rekod, awal Jun lalu, Shakira mengumumkan perpisahannya dengan Pique susulan dakwaan pemain itu berlaku curang.

Dakwaan tersebut mengakiri hubungan 11 tahun pasangan berkenaan, yang mula berpacaran sejak 2011, selepas pertemuan di set video muzik untuk single lagu 'Waka Waka' menjelang Piala Dunia 2010. - MARCA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain