suria

Romantik! Messi bawa isteri menginap di hotel mewah berharga hampir RM38,000 satu malam

Messi dan Antonela menginap di hotel Four Seasons di Paris.

LIONEL Messi menikmati kemenangan skuad Paris Saint-Germain (PSG) dengan percutian di hotel mewah, Four Seasons di kota Paris bersama isterinya, Antonela.

Juara Ligue 1 itu memenangi ketiga-tiga perlawanan mereka semasa berada di Asia.

Kini Messi menikmati masa rehat dengan isterinya selepas kembali ke ibu negara Perancis.

Antonela berkongsi beberapa klip video memaparkan bilik penginapan mereka di hotel mewah berkenaan di laman sosial Instagram.

Dalam satu gambar yang dimuat naik, Antonela menulis pada ruangan kapsyen:"Dengan kesayangan saya"

Carian di Booking.com menunjukkan kos penginapan hotel tersebut adalah sekitar £7,000 (RM37,917) untuk satu malam, pada ketika ini.

Namun jumlah tersebut bukanlah menjadi masalah besar bagi pemenang Ballon d'Or sebanyak tujuh kali itu.

Messi kini sedang membuat persiapan untuk musim kedua bersama PSG. - Thesun.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain