suria

Sepupu Khabib Nurmagomedov terus sambung legasi, umur 24 tahun tapi kekuatannya luar biasa

Khabir merupakan jurulatih untuk sepupunya Usman yang juga merupakan seorang pentinju hebat. Foto: Bellator MMA.

LUAR biasa!

Usman Nurmagomedov kini memegang rekod 15-0 menunjukkan keputusan sama menakutkannya dengan sepupu yang merupakan legenda Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov.

Walaupun Khabib kembali beraksi dalam sangkar, tetapi dia tetap menyokong, Usman, yang kini telah melebarkan rekod profesionalnya.

Untuk rekod, Khabib bersara dari UFC sebagai salah seorang yang terhebat sepanjang zaman, tetapi sepupunya itu membanggakan namanya dan kelihatan sama menakutkannya dengan bekas Juara Lightweight tersebut.

Usman baru berusia 24 tahun, tetapi sudah mempunyai rekod mengerikan itu selepas menewaskan Chris Gonzalez di Bellator 283 pada hari Jumaat.

Sebelum ini, Khabib berjaya mencatat rekod 29-0 sepanjang kerjayanya yang luar biasa, dan sepupunya pastinya ditakdirkan untuk bersinar dalam UFC.

Usman hanya mengambil masa tiga minit untuk membuat Gonzales tercekik guillotine dan menamatkan pertarungan yang berlaku di Kasino Emerald Queen di Tacoma, Washington.

Kemenangan bermakna kini melayakkan dirinya menjadi pesaing nombor satu dalam bahagian Bellator Lightweight.

Usman membuat penampilan sulung profesionalnya pada 2017, dan telah mencatatkan purata yang mengagumkan iaitu tiga kemenangan setahun, termasuk kesemua empat pertarungannya di bawah promosi Bellator.

Malah, Usman mendakwa bahawa dia tidak merasakan tekanan membawa nama keluarga, walaupun sepupunya terus menewaskan pemain seperti Conor McGregor, Dustin Poirier dan Justin Gaethje semasa beraksi tanpa cela. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain