KETIKA spekulasi bertiup kencang mengenai hasrat Cristiano Ronaldo yang mahu berhijrah ke kelab lain, penjaga gol Udinese, Marco Silvestri secara berseloroh mempelawa bintang Manchester United itu menyertai kelabnya. Udinese kini menduduki tempat ke-3 dalam ranking Serie A. Di Instagram, Silvestri meninggalkan komen pada satu posting yang membincangkan tentang cita-cita Ronaldo. "Mari sertai @udinesecalcio," tulisnya sambil turut tagged bintang Manchester United itu. Kelab Udinese kemudian membalas komen Silvestri dengan emoji 'mata nakal'. Ronaldo tidak mempunyai permulaan terbaik untuk musim 2022-23, apabila hanya menjaringkan sekali dalam lapan penampilan untuk Red Devils. - Football Italia Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI