CRISTIANO Ronaldo berikrar untuk terus beraksi dan menegaskan perjalanan kariernya masih belum berakhir. Berucap ketika menerima trofi pada Anugerah Quinas de Ouro Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) di Lisbon, bintang Portugal itu mensasarkan untuk beraksi di saingan Euro 2024. "Saya berharap agar terus menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan untuk beberapa tahun lagi. "Saya begitu bermotivasi, cita-cita saya tinggi. Saya berada dalam pasukan dengan orang muda, saya mahu beraksi di Piala Dunia juga dalam Kejohanan Eropah akan datang," katanya. Ronaldo, 37, menerima trofi pada anugerah berkenaan kerana muncul sebagai penjaring gol terbanyak pasukan kebangsaan sepanjang zaman. Bintang itu menjaringkan 117 gol dalam 189 penampilan bersama Portugal dan dijangka akan beraksi untuk skuad kebangsaan di Qatar 2022. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI