LIONEL Messi dilaporkan sudah berdamai dengan presiden Barcelona, Joan Laporta, sejak mereka diselubungi kontroversi dua tahun lalu. Messi meninggalkan Camp Nou secara mengejut pada 2021 di tengah-tengah perselisihan faham dengan lembaga pengarah Barcelona dan krisis kewangan. Menurut laporan media tempatan, Messi akan kembali ke Barcelona pada musim panas depan selepas membuat perdamaian dengan presiden kelab La Liga Sepanyol itu. Pihak Catalan dan wakil Messi dilaporkan telah pun memulakan perbincangan mengenai kemungkinan perpindahan kembali ke Camp Nou. Pemain berusia 35 tahun itu menyertai gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) pada 2021 selepas pertikaian dengan kelab tersebut. Bagaimanapun Messi, pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu dilaporkan akan kembali ke Barcelona apabila kontraknya di ibu kota Perancis itu berakhir pada musim panas depan. - Sportbrief.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI