SEORANG pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) disiasat atas dua dakwaan kesalahan rogol, ikat jaminnya dilanjutkan oleh Polis Metropolitan di London, United Kingdom. Pemain itu ditahan pada 4 Julai lalu dan diikat jamin sehingga awal Oktober, dilanjutkan daripada tarikh awal pada Ogos. Menurut laporan The Guardian pada Isnin bahawa individu yang disoal siasat dijamin semula. Polis sebelum ini mengesahkan tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung kesalahan yang didakwa terhadap pemain itu pada Jun tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak bunuh diri pada hari hadap ke mahkamah atas tuduhan rogol Bagaimanapun, siasatan lain berkaitan dua dakwaan berasingan akan diteruskan. Pemain itu pada mulanya ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang didakwa berlaku pada Jun tahun ini. Dia seterusnya ditahan kerana disyaki terlibat dengan dua insiden rogol, yang didakwa berlaku pada April 2021 dan Jun 2021, membabitkan dua wanita yang berbeza. Polis Metropolitan berkata, tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung insiden pada Jun 2021. "Bagaimanapun, siasatan terhadap baki kesalahan masih diteruskan. Lelaki itu pada mulanya diikat jamin sehingga satu tarikh pada Ogos, tetapi jaminannya dilanjutkan ke awal Oktober," menurut polis. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI