suria

Messi mahu ucap selamat tinggal selepas Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 merupakan Piala Dunia terakhir untuk Messi. Foto: AFP via Getty Images.

PEMAIN sensasi Lionel Messi nampaknya tidak akan beraksi dalam Piala Dunia 2026 yang dijangka dianjurkan di Amerika.

Bintang berusia 35 tahun itu berkata, Piala Dunia 2022 di Qatar merupakan kejohanan Piala Dunia yang terakhir buatnya.

"Ini akan menjadi Piala Dunia terakhir saya. Keputusan telah dibuat," ujarnya kepada wartawan Argentina, Sebastian Vignolo.

Messi kini bersedia untuk bermain dalam Piala Dunia kelimanya di Qatar yang mana dia telah menjaringkan enam gol dalam empat edisi kejohanan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi kembali ke Barcelona selepas tamat kontrak PSG?

Ia bukanlah satu khabar yang mengejutkan kerana Messi sebelum ini telah mengumumkan pengundurannya daripada arena bola sepak antarabangsa.

Pada 2016 misalnya, Messi mengumumkan persaraannya dalam bola sepak antarabanga selepas Argentina tewas dalam perlawanan akhir Copa America menentang Chile.

Namun dia kemudiannya mengubah keputusan dan kekal sebagai kapten pasukan sehingga ke hari ini.

Sama ada Messi akan berhenti bermain untuk Argentina sejurus berakhirnya Piala Dunia masih belum diketahui, tetapi dia telah menjelaskan bahawa dia tidak akan meneruskannya sehingga 2026. - Daily Mail.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain