suria

Jurulatih didakwa hantar gambar tak senonoh, buat aksi lucah depan pemain bola wanita

Holly didakwa melakukan perbuatan itu ke atas seorang pemain bola wanita. Foto: Getty.

SEORANG jurulatih bola sepak yang berkhidmat untuk pasukan juara Piala Dunia wanita Amerika Syarikat (AS) dituduh melakukan salah laku seksual ke atas pemain wanita, baru-baru ini.

Dakwaan ke atas jurulatih bola sepak Christy Holly itu sedang disiasat oleh firma guaman Atlanta dan Timbalan Peguam Negara Sally Yates bagi pihak Persekutuan Bola Sepak AS.

Mangsa, Erin Simon yang kini bermain dalam Liga Super Wanita untuk Leicester City bersetuju namanya disiarkan dalam laporan itu.

Dia menuduh Holly menghantar gambar lucah, beronani di hadapannya, menyentuh kemaluan serta payudaranya.

Untuk rekod, jurulatih berusia 37 tahun itu pernah menyumbang kejayaan Piala Dunia USWNT di bawah Jill Ellis pada 2019 dalam peranannya sebagai penganalisis pasukan lawan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain