LEGENDA bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA), mendiang Wilt Chamberlain membuat pendedahan pernah meniduri seramai 20,000 wanita sepanjang hayatnya.
Chamberlain dikenali sebagai salah seorang pemain bola keranjang terbaik sepanjang masa dalam kerjaya yang menjangkau 14 tahun.
Berketinggian 7 kaki 1 inci itu, beliau memecahkan beberapa rekod semasa berada di gelanggang, terutama menjaringkan 100 mata dalam satu perlawanan.
Bintang sukan yang meninggal dunia 23 tahun lalu, juga dikatakan 'memecah rekod' di bilik tidur.
Beliau membuat dakwaan itu menerusi buku mengenainya yang diterbitkan pada 1991.
Walaupun berseronok dengan aktiviti seksualnya, Chamberlain menyedari bahawa melakukan hubungan intim bersama seorang wanita secara konsisten lebih ideal.
"Meniduri seribu wanita yang berbeza adalah cukup hebat. Saya telah belajar sesuatu dalam hidup saya.
"(Tapi) saya mendapati bahawa meniduri seorang wanita seribu masa yang berbeza adalah lebih memuaskan," katanya. - Daily Star
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI