PEMAIN tengah Brighton, Enock Mwepu terpaksa menamatkan karier dalam arena bola sepak pada usia 24 tahun kerana penyakit jantung keturunan (hereditary heart condition). Pemain antarabangsa Zambia itu ditandatangani dari Red Bull Salzburg tahun lalu dalam perjanjian bernilai £18 juta (RM92.7 juta) dan telah membuat enam penampilan Liga Perdana musim ini. Mwepu jatuh sakit semasa penerbangan untuk menyertai pasukan kebangsaan Zambia, baru-baru ini. Selepas menghabiskan masa di hospital di Mali, dia kembali ke Brighton untuk menjalani ujian jantung selanjutnya. Ujian kemudiannya mengesahkan bahawa penyakit jantung Mwepu adalah disebabkan oleh keturunan. Dalam kenyataan pada Isnin, Brighton mendakwa bahawa keadaan tersebut akan meletakkan Mwepu 'berisiko tinggi untuk mengalami serangan jantung yang boleh membawa maut' jika dia meneruskan kariernya. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI