suria

Nampak tenang dan mesra, bekas penjaga gol terkejut lihat sikap biadab Messi

Messi dituduh bersiakap biadab di atas padang. Foto: AFP ANNE-CHRISTINE POUJOULAT.

BEKAS penjaga gol Real Madrid Jerzy Dudek mendedahkan bintang Paris Saint-Germain (PSG) Lionel Messi merupakan individu yang bijak memprovokasi lawannya dengan kata-kata kasar.

Dudek, bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Poland juga berkata bahawa La Pulga, nama panggilan Messi, telah mengeluarkan kata-kata kasar kepada pemain Real Madrid semasa pertarungan El Clasico.

Dudek yang berpindah ke Real Madrid pada 2007, sering terlibat dalam pertembungan panas El Clasico menentang Barcelona, ​​​​walaupun kebanyakan masanya dia berada di bangku simpanan sebagai pengganti untuk Iker Casillas.

Kata Dudek, dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat dan dengar daripada Messi.

Tambahnya lagi, Messi sering dilihat sebagai seorang yang tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi rindu segala-galanya tentang Barcelona, mahu kembali ke kelab lama selepas tamat kontrak bersama PSG

Selain Messi, Dudek turut menyiafatkan jurulatih Barcelona ketika itu, Pep Guardiola, sebagai insan yang bijak untuk mencetuskan emosi lawannya.

“Dia (Messi) sangat provokatif, begitu juga Barcelona dan jurulatih mereka, Pep Guardiola,” kata Dudek kepada Marca.

"Mereka sentiasa bersedia untuk mengganggu anda dan sering berjaya," kata Dudek.

Dudek turut mendedahkan bahawa pertahanan Real Madrid ketika itu, Sergio Ramos dan Pepe, sering menjadi sasaran kata-kata pedas Messi.

“Saya pernah melihat dan mendengar Messi mengatakan perkara yang sangat biadap kepada Pepe dan Ramos, sesuatu yang anda tidak pernah fikirkan sebelum ini.

“Bayangkan apa yang boleh keluar dari mulut seseorang yang kelihatan tenang dan mesra,” kata Dudek meluahkan rasa tidak percaya. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain