BEKAS juara tinju heavyweight, Mike Tyson didakwa cuba mencabul bekas jurugambarnya, Lori Grinker. Dakwaan Grinker, 65, itu dibuat menerusi buku baharunya, dengan mengatakan kejadian itu berlaku pada 1980-an. Menurut Grinker, dia mengeluarkan buku bergambar bertajuk 'Mike Tyson', dan ia memaparkan gambar dari zaman remaja Tyson. Dalam buku baharunya, Grinker telah membuat dakwaan bahawa Tyson cuba memegang payudaranya. "Mike boleh menjadi sangat manis dan berlembut apabila dia mahu, dan tidak terlalu baik atau berkasar apabila dia tidak mahu. "Dia pernah cuba meraba payudara saya, dan apabila saya menolaknya, dia marah," katanya. Dia juga menambah bahawa Tyson hanyalah seorang remaja yang tidak matang pada masa itu. Wakil Tyson tidak menafikan dakwaan itu, sebaliknya menyatakan Grinker dan Tyson terlibat dalam hubungan seksual ketika itu. Grinker menafikan dakwaan bahawa pasangan itu terlibat dalam hubungan seksual. Bagaimanapun, jika hubungan sulit yang didakwa berlaku ketika Tyson berusia 17 tahun, ia tidak melanggar undang-undang persetujuan negeri New York yang digubal pada 1965 walaupun dia masih di bawah umur. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI