suria

Kerjaya jadi halangan, Hamilton akui hidup jadi sunyi selepas putus cinta

Lewis membuat catatan emosi di Instagram selepas beberapa bulan berpisah dengan Nicole.

JAGUH Formula 1 (F1) Lewis Hamilton, 37, dan Nicole Scherzinger, 44, adalah pasangan yang terkenal selama hampir sedekad sebelum memutuskan untuk berpisah pada 2015.

Pelumba itu baru-baru ini mengimbau semula perpisahan, mengakui bahawa kerjayanya dalam Formula 1 menyukarkan untuk mengekalkan hubungannya dengan penyanyi itu.

Hanya beberapa bulan selepas ‘merenungkan’ perpisahan mereka, Lewis membuat catatan emosi di Instagram, disiarkan kepada 30 juta pengikutnya.

Dia berkongsi: “Kadang-kadang saya berasa sangat keseorangan. Jika anda merasakan perkara yang sama, harap maklum bahawa anda tidak apa-apa, anda akan boleh melaluinya!

“Anda adalah Unicorn, tiada sesiapa seperti anda dan anda mempunyai kuasa dan tujuan yang sangat besar di bumi ini, jangan berputus asa. Teruskan berjuang, saya ada di sini bersama kamu.”

Dia dengan manis mengakhiri dengan ayat “Menghantarkan anda pelukan, kasih sayang dan sinar,” pada penghujung ayatnya. -EXPRESS.CO.UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain