suria

Max Verstappen sakan berparti, siap dapat kek besar berbentuk trofi

Pelumba itu sakan berparti bersama rakan-rakannya bagi meraikan kemenangannya di Grand Prix Jepun.

BINTANG Formula 1 (F1) Max Verstappen dilihat sakan berparti bagi meraikan kejayaannya yang dinobatkan dengan gelaran dunia terbaharu.

Verstappen, 25, mengekalkan kejuaraan berturut-turut dengan baki empat perlumbaan berikutan kemenangannya di Grand Prix Jepun hujung minggu lalu.

Musim F1 disambung semula di Austin pada 21 Oktober tetapi pelumba Belanda itu memanfaatkan kelapangan cuti hujung minggu untuk berparti bersama rakan-rakannya.

Rakan rapatnya Louis van Baar memuat naik klip di Instagram dari parti rahsia itu ketika Verstappen dihadiahkan dengan kek besar berbentuk trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Formula Satu: Max Verstappen muncul juara tewaskan Hamilton

Juara F1 itu juga diberikan dulang besar berisi minuman keras dan bunga api ketika rakan-rakannya berkumpul untuk meraikannya, termasuk rakan pemandu Lando Norris.

Van Baar merupakan kawan rapat Verstappen yang turut bekerja bersama DJ terkenal dunia Martin Garrix sebagai jurugambarnya.- Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain