suria

Baru berusia 24 tahun, bintang ragbi mati atas lantai kelab malam

Kematian atlet tersebut telah disahkan oleh polis Sepanyol sebagai satu kemalangan.

SEORANG bintang permainan ragbi yang semakin menyerlah telah ditemui mati di kelab malam Barcelona pada minggu ini.

Kematian Liam Hampson, 24, tersebut disahkan oleh polis Sepanyol sebagai satu kemalangan.

Atlet yang bermain untuk pasukan Australia Redcliffe Dolphins, telah mengembara ke seluruh Eropah bersama beberapa rakan dan pemain ragbi.

Dia dilaporkan hilang selama lebih 30 jam sebelum kakitangan di kelab malam Sala Apolo menemui mayatnya pada pagi Rabu.

“Pekerja kelab malam tempat Liam dilihat buat kali terakhir, menemui mayatnya di atas lantai di kawasan kelab malam itu,” kata polis mengesahkan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Tiarna menerusi media sosial bagaimana pun telah mengesahkan kematian tragis abangnya.

“Bangun dengan berita paling menyedihkan tentang Liam.

"Kami sangat sedih apabila mengetahui Liam mengalami kemalangan dan tidak dapat diselamatkan," tulisnya. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain