KERETA jenis Rolls-Royce Phantom menjadi bualan hangat apabila Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menghadiahkan kereta mewah dari Eropah itu untuk setiap pemain pasukan kebangsaan. Kemenangan Arab Saudi ini ternyata satu kejutan memandangkan lawan mereka adalah Argentina. Ketinggalan pada awal permainan menerusi gol penalti Lionel Messi pada minit ke-10, Arab Saudi berjaya mendahului 2-1 pada babak kedua melalui tendangan Saleh Al Shehri pada minit ke-48 dan Salem Al Dawsari minit ke-53. Hadiah daripada ini bukan calang-calang. Ia merupakan kereta mewah eksklusif yang biasa digunakan oleh usahawan, ahli perniagaan ternama dan kerabat diraja di seluruh dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Arab Saudi sempat tepuk bahu, beri ayat pedas kepada Lionel Messi selepas raih gol kedua Phantom merupakan salah satu model unggul dari keluarga Rolls-Royce. Sedan premium ini menggunakan enjin V12 turbo dengan kapasiti 6.749 cc. Kemasan dalaman yang mewah. Dari segi prestasi, Phantom digerakkan oleh semua roda (all wheel drive) yang dimantapkan dengan transmisi automatik. Kenderaan ini juga dikatakan mampu mencapai kelajuan 0-100km/jam dalam tempoh 5.4 saat dan pecutan maksimum 250 km/jam. Model ini juga mengutamakan keselesaan terutama bagi penumpang belakang. Tempat duduk dan kemasannya diperbuat daripada kayu hingga kulit berkualiti, cukup empuk untuk sebuah kereta mewah. Di bahagian interior juga terdapat bumbung dengan fiber optik sehingga mampu melihat bintang di langit ketika malam hari. Ciri lain yang terdapat pada kereta ini adalah Adaptive Cruise Control dan sensor parkir di depan dan belakang. Ahli perniagaan India, Suhel Seth antara yang terawal kongsi kenyataan di Twitter bahawa setia pemain Arab Saudi menerima sebuah Rolls Royce daripada Putera Salman. Influencer yang juga seorang doktor gigi, Awab Alvi juga berkata semua pemain Arab Saudi menerima Rolls Royce Phantom itu. Selain kereta untuk pemain, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan hari cuti umum untuk semua. Di Malaysia, harga bagi model ini adalah sekitar RM5 juta. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI