suria

[V] Messi diugut, raja tinju dunia Canelo Alvarez tiba-tiba naik angin! - “Lebih baik dia berdoa kepada Tuhan”

Messi didakwa tidak menghormati bendera atau baju Mexico.

PEMINAT Argentina pasti lega selepas pasukan itu berjaya menghidupkan kembali peluang mereka dalam saingan Kumpulan C Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Mexico 2-0 di Stadium Lusail.

Namun di sebalik kejayaan itu, tonggak utama pasukan berkenaan iaitu Lionel Messi berdepan ugutan daripada raja tinju dunia Canelo Alvarez kerana didakwa tidak menghormati bendera Mexico.

Ugutan itu tercetus selepas satu video Messi dan rakan sepasukannya meraikan kejayaan mereka ketika di dalam bilik persalinan tular di media sosial.

Finn9lvX0AAxRqC

Alvarez menuduh Messi tidak menghormati baju atau bendera Mexico.

Di Twitter Alvarez menulis: “Adakah anda semua melihat Messi membersihkan lantai dengan jersi dan bendera kami.

“Lebih baik dia berdoa kepada Tuhan agar saya tidak menemuinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba keluarkan alat sulit, pemain bola tak sedar aksi kencing tepi padang sedang dirakam

“Sama seperti saya menghormati Argentina, dia perlu menghormati Mexico!

“Saya tidak bercakap tentang negara secara keseluruhan, hanya tentang perkara yang Messi lakukan,” demikian tulis Alvarez.

Bagaimanapun rata-rata berpendapat Messi tidak berniat untuk menghina bendera Mexico.

Berdasarkan video berkenaan, Messi dilihat sedang menanggalkan butnya namun secara tidak sengaja terkuis baju atau bendera Mexico yang secara kebetulan berada di atas lantai bilik persalinan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain