GARA-GARA berwajah mirip Neymar, seorang pemuda menjadi sasaran peminat bola sepak yang berebut-rebut mahu bergambar kerana menyangka dirinya adalah bintang Brazil itu. Sekeping gambar yang tular memaparkan pemuda tersebut dikerumuni orang ramai ketika sedang bersiar-siar di sekitar Doha, menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan antara Brazil dengan Switzerland pada Isnin. Pemuda itu dilihat memakai topi merah, bercermin mata, memiliki jambang serta bertatu seperti Neymar. Dia sekali lagi dikerumuni ketika muncul di stadium ketika perlawanan antara Brazil dengan Switzerland. Penyokong bola sepak menyangka mereka menonton perlawanan itu bersama Neymar, apatah lagi bintang bola sepak itu direhatkan seketika selepas mengalami kecederaan sewaktu aksi Brazil menentang Serbia pada Jumaat. Namun sebenarnya mereka tertipu dengan persamaan yang dimiliki antara pemuda berkenaan dengan Neymar. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI