suria

Harry Kane yakin England akan benam Perancis dalam saingan Piala Dunia 2022

Kane yakin mampu memimpin pasukannya ke arah kejayaan.

KAPTEN England mengatakan pasukannya mempunyai keyakinan penuh untuk menewaskan Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia 2022.

Kane berkata skuad kendalian Gareth Southgate itu optimis mereka dapat membawa pulang trofi Piala Dunia ke tanah air mereka tahun ini.

Pertembungan di antara musuh tradisi itu adalah peluang untuk England menebus kekecewaan mereka dalam saingan Piala Dunia 2018 dan Euro 2020.

England telah menunggu selama lebih setengah abad iaitu 56 tahun untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia tetapi masih belum kesampaian.

"Kami bukan di sini untuk hanya bermain dalam peringkat suku akhir.

"Pasukan ini sudah banyak mengalami kekecewaan dan semuanya harus diubah tahun ini dalam Piala Dunia 2022

"Kita tidak boleh mudah berasa selesa. Ini masanya untuk kita berusaha keras dan berikan yang terbaik," kata Kane dalam sidang media.

Kane memenangi anugerah Kasut Emas selepas menjadi penjaring gol terbanyak dalam saingan Piala Dunia 2018 dan berjaya menyumbang satu gol dalam perlawanan menentang Senegal. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain