CRISTIANO Ronaldo dinamakan dalam pasukan paling teruk dalam Piala Dunia tahun ini selepas prestasi buruk menerusi kejohanan itu. Bagaimanapun, dia bukanlah satu-satunya nama besar dalam senarai yang tidak dikehendaki itu. Portugal mempunyai peluang besar untuk pergi sejauh yang mereka mahu di Piala Dunia Qatar dengan senarai pemain terbaik termasuk Ronaldo. Bruno Fernandes, Joao Cancelo, Bernardo Silva dan Ruben Dias yang membentuk sebahagian daripada kontinjen Liga Perdana bagi skuad dibarisi bintang. ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo kecewa tak terhingga - "Saya sudah memenangi bermacam jenis anugerah dan trofi tetapi bukan Piala Dunia" Bagaimanapun, mereka hanya mampu mara ke suku akhir di mana Maghribi membuat kejutan menewaskan mereka 1-0. Maghribi sekali gus menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia. Ia juga merupakan kekecewaan besar bagi Ronaldo yang berusia 37 tahun bermain dalam Piala Dunia terakhirnya. Namun semuanya agak 'lemah' untuk pemenang Ballon d'Or lima kali itu, yang diturunkan ke bangku simpanan, sama seperti dia pernah berada di Manchester United sebelum tamat kontraknya. Dan ia tidak menjadi lebih baik dengan penyedia statistik Sofascore meletakkan bintang ke hadapan dalam pasukan paling teruk Piala Dunia mereka. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI