DIDAKWA 'lapar' perhatian, Salt Bae kini berkongsi video lama dia memeluk Lionel Messi. Dia yang sebelum ini dibidas kerana mengganggu azimat Argentina untuk swafoto selepas perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022, Ahad lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Presiden FIFA mahu Piala Dunia diadakan tiga tahun sekali Tukang masak Turki atau nama sebenarnya Nusret Gökçe telah dirakam memegang bahu Messi sekurang-kurangnya dua kali. Meskipun Messi cuba menolak, namun bintang Angle Di Maria itu akhirnya bersetuju untuk bergambar. Messi juga meniru aksi yang sering dilakukan Salt Bae. Susulan daripada insiden yang memalukan itu, Gökçe membalas dengan catatan baharu kepada 50 juta pengikut Instagramnya. Malah video turut dimuatnaik bersama dengan kapsyen 'The Champion'. Ia adalah video dari satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini pada 2018 ketika Messi dan isterinya makan malam di restoran stik Gökçe di Dubai. Bintang Perancis Paul Pogba juga berada di sana. Pun begitu, rata-rata pengikutnya mengandaikan ia adalah cubaan untuk membuktikan dia berkawan dengan Messi selepas mendapat sikap dingin beberapa hari sebelum ini. Pada November 2018, Messi makan di restoran stik Dubai Gökçe bersama isterinya Antonela Roccuzzo dan rakan. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI