SEMPENA sambutan Hari Natal, bintang bola sepak Manchester United meneruskan tradisi mereka untuk menyokong hospital tempatan. Mereka bukan sahaja hadir melawat pesakit, keluarga dan kakitangan hospital malah turut membawa bersama beg hadiah bagi menambahkan keceriaan. ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa 'lapar' perhatian, Salt Bae muat naik video lama bersama Messi Malahan, Marcus Rashford juga tidak ketinggalan membalut hadiah dan menghantar mesej video kepada pesakit di Hospital Kanak-kanak Diraja Manchester, Francis House Children’s Hospice dan The Christie. Antara barangan yang diberikan adalah baju, selendang, topi dan mainan bertemakan United. Turut serta adalah pasukan wanita yang hadir melawat pesakit di ketiga-tiga hospital. Mereka juga menyampaikan hadiah, serta bergambar dan menandatangani autograf. Menurut Kapten kelab United, Harry Maguire, menyokong komuniti tempatan adalah salah satu perkara paling penting yang kami lakukan sebagai pemain dan kakitangan di Manchester United, terutamanya sekitar waktu Krismas. "Bagi kami, menghantar ucapan selamat dan membungkus hadiah untuk hospital dan mengukirkan senyuman di wajah orang adalah sangat penting," luahnya. Sementara Rashford berkata, apa yang dilakukan itu adalah sebagai satu pasukan yang menyokong kanak-kanak dan kakitangan di hospital. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI