suria

Ejek Mbappe guna patung selepas kalah Piala Dunia, Martinez dipanggil Emery

Martinez menggunakan patung dengan muka Mbappe untuk mengejeknya. -Daily Star

PENGURUS Aston Villa, Unai Emery akan bercakap dengan Emiliano Martinez mengenai sambutan kontroversi penjaga gol Argentina itu pada Piala Dunia selepas dia pulang untuk tugasan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

Martinez menampilkan aksi penting menyelamatkan cubaan Randal Kolo Muani pada tambahan masa dan kemudian menepis sepakan penalti Kingsley Coman di Qatar ketika Argentina menewaskan Perancis pada final.

Dia bagaimanapun menunjukkan aksi kurang sopan selepas menang anugerah Penjaga Gol Terbaik dalam kejohanan itu.

Kemudian ketika perarakan kemenangan Argentina di Buenos Aires, dia dilihat memegang anak patung dengan muka bintang Perancis, Kylian Mbappe.

"Apabila anda ada emosi yang besar, kadangkala ia sukar dikawal," kata Emery semalam.

"Saya akan bercakap dengannya minggu depan mengenai sebahagian daripada sambutan itu. Kami sangat bangga dengannya. Dia menang Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan dan ia menakjubkan.

"Dia akan kembali minggu depan. Saya mahu dia berehat ketika ini selepas emosi yang besar dan kerja keras, dia perlu berehat beberapa hari dan kemudian datang bekerja dengan kami."

Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, awal pagi semalam berkata dia kecewa dengan perlakuan Martinez.

"Saya dapati ia menyedihkan," katanya.

"Ia kata-kata kesat, tidak sepatutnya, memang tidak sepatutnya berlaku. Emiliano Martinez tidak dapat membezakan dirinya. Ia menyedihkan." ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain