BINTANG Liverpool, Mohamed Salah dikritik di media sosial oleh penyokong Muslim selepas dia berkongsi gambar keluarganya bersebelahan pokok Krismas. Salah yang juga Muslim meletakkan kapsyen 'Selamat Menyambut Hari Natal' di akaun Twitter dan Instagram. Pemain berusia 30 tahun itu bersama isterinya, Magi dan dua anaknya - Makka dan Kayan - bergambar dengan pijama sedondon dalam hantaran itu. Ciapan Salah itu mendapat kritikan penyokong Muslim yang kebanyakannya dari luar United Kingdom. Ada yang menulis 'saya akan berhenti mengikuti anda dan berhenti menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas dengan Kristian.' Seorang lagi berkata 'saya menjadi penyokong kecil sejak lahir tetapi saya akan berhenti menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas. Anda hilang penyokong sebagai penyokong Mo Salah. Selamat tinggal!' Ada yang berkata 'Mo Salah, saya sayangkan anda sebagai penyokong Madrid. Saya sentiasa menganggap anda sebagai pemain yang hebat dan memberikan inspirasi kepada saya. "Namun selepas ciapan ini, saya tidak lagi memandang anda sebagai model ikutan. "Anda mengecewakan saya. Kalau anda tidak memadam ciapan ini, saya akan berhenti mengikuti anda," kata seorang lagi penyokong. Namun ada yang mempertahankan Salah dengan penyokong menyifatkan dia sebagai 'Pemain Terbaik Sepanjang Zaman (GOAT) Afrika.' Seorang lagi berkata 'pada kami anda adalah gabungan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI